Current History

Nama : Siti Hawa Binti Mohd Noh
No. Matrik : A1389326
Fakulti : Perubatan
Jurusan : Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan Dengan Kepujian
Semester : 2
Tahun : 3
Sesi : 2013/14
Email : s.hawa49@yahoo.com
Facebook : Fashla Noh @ https://www.facebook.com/nekkiah

Thursday, 12 June 2014

Kajian Kumpulan

Tahap Penggunaan, Amalan dan Etika Dalam Kalangan Doktor Pelatih di PPUKM

Dalam bentuk Microsoft Word
http://www.slideshare.net/syahireyna/semua-kajian-edit

Dalam bentuk Microsoft Power Point
http://www.slideshare.net/syahireyna/kajian-mengenai-tahap-pengetahuan-amalan-dan-etika-teknologi-maklumat-dan-komunikasi-ict-dalam-kalangan-doktor-pelatih-ppukm

Friday, 23 May 2014

Bantulah Jururawat Kita




Ibarat melepaskan batuk ditangga. Sepanjang menjadi pelajar selama 3 tahun, banyak pengalaman yang diperoleh. Salah satu pengalaman dan pengajaran yang dapat adalah seorang anak yang melepaskan tanggungjawab untuk menjaga ibunya yang sakit. Adakah itu berpatutan dan layak untuk manusia yang bergelar ibu? Yang selama ini memberi segalanya kepada kita?

Niat saya di sini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Tetapi apabila dunia semakin maju, pemikiran manusia semakin cetek. Zaman sekarang ramai yang mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Sebagai contoh, dalam situasi wad di hospital. Ada segelintir saudara/anak/adik/abang/kakak tidak mahu menjaga pesakit, sedangkan jururawat sangat sibuk menguruskan pesakit yang lain. Adakah patut semasa menemani pesakit duduk sepanjang malam di dalam wad tanpa membantu jururawat? Antara contohnya, tidak mahu mencuci atau  memandikan pesakit sedangkan pesakit berada dalam keadaan yang tenat. Apa gunanya, apabila menemani pesakit siang dan malam di hospital tetapi keadaan pesakit tidak terurus? Memang ini sepatutnya tugas jururawat. Tetapi jururawat bukan hanya menjaga seorang pesakit tetapi lebih dari 4 orang pesakit. Jururawat juga memerlukan bantuan dari orang lain sebab bukan semua kerja mereka boleh buat dengan cepat


Tambahan lagi ada yang mengadu bahawa pesakit menunggu lama untuk sesuatu prosedur. Keadaan ini bukan boleh disengajakan, sebab jururawat menguruskan semua perkara dalam satu shif. Kita sepatutnya tidak boleh seratus peratus bergantung pada jururawat. Ada juga mereka yang tidak mahu membawa pulang pesakit sekiranya doktor telah memberi kebenaran pulang ke rumah. Antara alasan yang  diberikan oleh saudara pesakit tersebut adalah tidak mahir menjaga pesakit di rumah, tidak tahu bagaimana untuk menjaga pesakit, tiada masa untuk menjaga keperluan pesakit di rumah dan mereka tetap juga mahukan jururawat menjaga pesakit di dalam wad. Tambahan lagi mereka lebih rela membayar bil yang mahal berbanding menjaga pesakit sendiri.

 

Ini bukan masalah kewangan, tetapi ini masalah tanggungjawab. Jururawat juga mempunyai tanggungjawab sendiri. Pesakit yang tinggal di wad dalam masa yang lama juga mempunyai risiko tambahan lagi apabila doktor sudah memberikan kebenaran untuk pulang ke rumah. Pesakit sangat berisiko untuk mendapat jangkitan kuman apabila terdedah dengan keadaan hospital. Selain itu, isu katil tidak mencukupi juga akan melanda. Ini kerana apabila pesakit baru yang mendaftar masuk, mereka tiada tempat untuk meletakkan pesakit tersebut.

Sebagai kesimpulan, saudara adalah hubungan yang paling rapat antara dengan pesakit. Pesakit lebih selesa apabila saudara  yang menjaga mereka. Kepada keluarga yang mempunyai masalah dalam menjaga pesakit di rumah, kami juga mempunyai servis "Home Nursing" untuk merawat pesakit di rumah sendiri. Jadi bantulah jururawat dan faham tugas jururawat bukanlah sedikit dan mudah.

Sunday, 18 May 2014

Gambar Dari 10 Sudut Yang Berbeza

NAMA PRODUK: 
SPEAKER BB

TUJUAN:
Kepada mereka yang suka mendengar radio dan mp3 dengan loudspeaker tanpa menggunakan earphone, kini boleh membuat speaker dari barangan terpakai seperti Speaker BB. Maksud 'BB' merujuk kepada Big Bottle. 

BAHAN-BAHAN:
2 Botol Plastik 1.5L
Botol Colgate Plax
Pisau
Gunting
Soletape Biru dan Hitam

Gambar Sebelum:

Gambar Selepas:
1. Pandangan keseluruhan

2. Pandangan dari bawah (hadapan)

3. Pandangan dari atas

4. Pandangan dari sudut kiri

5. Pandangan dari bawah sudut kanan (belakang)

6. Pandangan dari bawah sudut kiri (belakang)

7. Pandangan fokus arah tempat letak handphone

8. Pandangan produk apabila didirikan

 9. Pandangan dari atas apabila didirikan

10. Pandangan dari belakang 

Saturday, 17 May 2014

10 Gambar Inovasi Teknologi Dalam Perubatan


1. Periuk Tekanan Tinggi


   Melalui kecanggihan teknologi masa kini, rakyat Malaysia sebenarnya boleh memasak hidangan yang sihat dengan menggunakan bahan-bahan segar dengan menggunakan satu butang sahaja. Memasak dengan sihat tanpa sebarang tekanan perasaan boleh dilaksanakan dengan lebih pantas dan mudah melalui penggunaan Periuk Tekanan Tinggi Philips. Teknologi ini dapat mengekalkan kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam sayur-sayuran dan daging yang dimasak.


2. Kanta Sentuh Pintar Radikal


Menerusi ciptaan kanta sentuh radikal yang direka khas untuk penghidap diabetes atau kencing manis. Kanta sentuh pintar boleh memantau air mata pesakit diabetes untuk memeriksa tahap glukosa mereka. Kelebihan yang terdapat di dalam kanta tersebut ialah lensa yang boleh membaca  tahap glukosa daripada pesakit kencing manis, menganalisis tahap glukosa melalui air mata mereka dan mempunyai cahaya LED yang kecil untuk memberi amaran kepada pemakainya jika tahap glukosa rendah.


3. Crowdsourcing Massage Jacket

Tekanan sumber dari luar (outsource) adalah sistem yang membolehkan pengguna untuk menghantar dan menerima urutan tanpa menekan butang. Sebagai tindak balas, di dalam rangkaian tersebut boleh menenangkan pesakit yang mengalami tekanan perasaan dengan menghantar satu urutan sebagai isyarat. Antara kelebihan teknologi ini ialah mempunyai modul isyarat di mana ia berfungsi untuk memberi amaran bahawa pengguna memerlukan keselesaan. Selain itu juga, dapat mengesan bahagian yang memerlukan urutan dan dapat merasa sentuhan menenangkan yang lebih dekat pada tulang belakang.


4. P.L.E.A.S.E. = Painless Laser Epidermal System


Pantec Biosolitions AG, sebuah syarikat yang berpangkalan di Liechtenstein telah melancarkan laser yang mengandungi jarum di dalamnya dan tidak menyakitkan apabila menyentuh permukaan kulit lapisan epidermis. Ini adalah teknologi yang digunakan semasa memberikan ubat. Teknologi ini dicipta untuk meningkatkan dan memudahkan dalam penyampaian ubat-ubatan dos yang besar seperti vaksin. Teknik penyampaian ubat ini adalah 'Transdermal'. Ini kerana, alat peranti laser di kawasan pemegang dapat mewujudkan liang-liang mikro akueus dengan terkawal di dalam epidermis. Ciri-ciri istimewa peranti liang mikro adalah ia tidak akan menganggu lapisan dermis (di mana saraf dan saluran darah ada). Alatan ini dapat menjamin keselamatan dan dapat digunakan dengan mudah oleh kakitangan perubatan atau pesakit walaupun tanpa pengawasan. Tambahan lagi, peranti tersebut membolehkan mengesan kedalaman untuk keperluan terapeutik bagi dos ubat yang tertentu.


5. Pacifier Thermometer


Puting termometer ini membolehkan anda untuk mengambil suhu bayi dalam cara yang selesa. Penggera akan berbunyi apabila pembacaan selesai dan cahaya merah akan kelihatan sekiranya suhu pada 99.9 darjah Farenheit (37.8 darjah celcius) atau lebih tinggi. Teknologi ini menjadikannya lebih mudah untuk mendapatkan bacaan visual dengan cepat, terutamanya apabila mengambil suhu kanak-kanak pada waktu malam.


6. INemo (Body-Motion Reconstruction)


STMicroelectronics adalah peneraju semikonnduktor global yang berkhidmat seluruh spektrum aplikasi elektronik dan pembekal utama. MEMS (Micro - Electro - Mechanical Systems) untuk aplikasi pengguna dan mudah alih gerakan bersama pemprosesan yang mengiktiraf pergerakan kompleks dari badan pemakai dan menterjemahkannya kepada model digital Teknologi iNEMO (Body Motion Reconstruction) boleh meningkatkan hasil dalam aplikasi klinikal dan perubatan sukan. Prototaip iNEMO nod mempunyai sensor yang dipasang di tangan, di kasut ataupun di kepala. Gerakan dan sensor magnet dengan mikro pengawal serta perisian khusus dalam satu miniatur module solderable dan menghasilkan jenis bentuk saiz yang kecil.

7.   Intelligent Pills


Pil ini mempunyai mikroprosesor (microprocessor), wireless, pam (pump) serta mempunyai tempat letak ubat. Dengan teknologi yang ada di dalamnya, pil ini boleh melakukan banyak perkara dan yang pastinya akan sangat berguna kepada pesakit dan doktor untuk menganalisa lebih dalam tentang penyakit pesakit. Pil ini dapat membaca suhu di bahagian tertentu dan boleh meletakkan ubat dengan cara yang paling tepat.


8. ASIMO - Robotic Legs


Syarikat Honda telah mencipta Robotic Legs yang telah diubahsuai untuk menampung berat badan dan membantu pengguna untuk berjalan serta memanjat dengan langkah yang mudah. Secara tidak langsung, ciptaan ini juga dapat mengurangkan tekanan di bahagian lutut dan ia berada di suatu tempat yang sama dalam jangka masa yang panjang.


9. Fisher-Cradle Swing



Produk ini sesuai bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dari umur 10 bulan ke bawah. Dengan menggunakan barang ini, ibu dapat membuat kerja dengan tenang tanpa gangguan bayi. Antara kelebihan adalah seperti berikut, tempat duduk yang selesa dengan sokongan kepala bayi supaya bayi rasa selamat. Dua usul berayun yang berbeza dan bantuan muzik yang boleh menenangkan bayi. Boleh mengubah dan mendengar pelbagai lagu dan kesan bunyi dapat meransang pendengaran bayi. Kain fabrik dan tekstur boleh meransang rasa sentuhan bayi dan keselesaan. Tambahan lagi, pilihan tiga kedudukan dalam satu swing-pelbagai untuk bayi dan kemudahan apabila anda mahu bayi menghadap anda. Ia juga boleh dilipat untuk penyimpanan dan perjalanan yang jauh.


10. EmWave2

EmWave2 adalah barang yang mudah untuk dibawa kemana sahaja dan dapat mengurangkan stress yang dihadapi, menstabilkan emosi dan meningkatkan penampilan seseorang. Hanya memerlukan beberapa minit dalam sehari untuk menggunakan teknologi yang mudah ini dalam membantu mengubah emosi yang sedang marah, risau, kecewa dan menginginkan ketenangan. Ia juga boleh digunakan di mana sahaja mahupun menggunakan komputer. Malahan ia berupaya untuk mengubah reaksi emosi, komunikasi yang sihat, hubungan dan kualiti hidup akan meningkat. Produk ini dapat meningkatkan tahap daya pemikiran untuk berfikir dengan tepat dan dapat membuat pilihan dengan betul apabila sedang berada dalam keadaan yang tertekan.

10 Video Inovasi

1. Ubat Dispenser Automatik 
(Automatic Medication  Dispenser)

2. Tandas Masa Depan
(Future Toilet)

3. Mesin Pengisar dan Jumlah Pil
(Blend and Counter Pills Machine)

4. Gelang Amaran Perubatan Elektronik
(Medical Alert Electronic Bracelet)

5. Pandangan Sebalik Cermin Mata
(Eye's On Glasses)

6. ActiPatch Mengurangkan Sakit Sendi
(ActiPatch Reduce Pain)

7. Teknologi Robot Perubatan
(Robotic Medical Technology)

8. Penyelesaian Pemindahan Pesakit Dari Katil Ke Katil
(Patient Transfer Solution)

9. Mesin Pembuatan Ortostatik Dan Prostetik
(Orthostatic And Prosthetik Machine)

10. Kesalahan Penggunaan Teknologi Setiap Hari
(Everyday Technology You're Using Are Wrong)