Melalui kecanggihan teknologi masa kini, rakyat Malaysia sebenarnya boleh memasak hidangan yang sihat dengan menggunakan bahan-bahan segar dengan menggunakan satu butang sahaja. Memasak dengan sihat tanpa sebarang tekanan perasaan boleh dilaksanakan dengan lebih pantas dan mudah melalui penggunaan Periuk Tekanan Tinggi Philips. Teknologi ini dapat mengekalkan kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam sayur-sayuran dan daging yang dimasak.
2. Kanta Sentuh Pintar Radikal
Menerusi ciptaan kanta sentuh radikal yang direka khas untuk penghidap diabetes atau kencing manis. Kanta sentuh pintar boleh memantau air mata pesakit diabetes untuk memeriksa tahap glukosa mereka. Kelebihan yang terdapat di dalam kanta tersebut ialah lensa yang boleh membaca tahap glukosa daripada pesakit kencing manis, menganalisis tahap glukosa melalui air mata mereka dan mempunyai cahaya LED yang kecil untuk memberi amaran kepada pemakainya jika tahap glukosa rendah.
3. Crowdsourcing Massage Jacket
Tekanan sumber dari luar (outsource) adalah sistem yang membolehkan pengguna untuk menghantar dan menerima urutan tanpa menekan butang. Sebagai tindak balas, di dalam rangkaian tersebut boleh menenangkan pesakit yang mengalami tekanan perasaan dengan menghantar satu urutan sebagai isyarat. Antara kelebihan teknologi ini ialah mempunyai modul isyarat di mana ia berfungsi untuk memberi amaran bahawa pengguna memerlukan keselesaan. Selain itu juga, dapat mengesan bahagian yang memerlukan urutan dan dapat merasa sentuhan menenangkan yang lebih dekat pada tulang belakang.
4. P.L.E.A.S.E. = Painless Laser Epidermal System
Pantec Biosolitions AG, sebuah syarikat yang berpangkalan di Liechtenstein telah melancarkan laser yang mengandungi jarum di dalamnya dan tidak menyakitkan apabila menyentuh permukaan kulit lapisan epidermis. Ini adalah teknologi yang digunakan semasa memberikan ubat. Teknologi ini dicipta untuk meningkatkan dan memudahkan dalam penyampaian ubat-ubatan dos yang besar seperti vaksin. Teknik penyampaian ubat ini adalah 'Transdermal'. Ini kerana, alat peranti laser di kawasan pemegang dapat mewujudkan liang-liang mikro akueus dengan terkawal di dalam epidermis. Ciri-ciri istimewa peranti liang mikro adalah ia tidak akan menganggu lapisan dermis (di mana saraf dan saluran darah ada). Alatan ini dapat menjamin keselamatan dan dapat digunakan dengan mudah oleh kakitangan perubatan atau pesakit walaupun tanpa pengawasan. Tambahan lagi, peranti tersebut membolehkan mengesan kedalaman untuk keperluan terapeutik bagi dos ubat yang tertentu.
5. Pacifier Thermometer
Puting termometer ini membolehkan anda untuk mengambil suhu bayi dalam cara yang selesa. Penggera akan berbunyi apabila pembacaan selesai dan cahaya merah akan kelihatan sekiranya suhu pada 99.9 darjah Farenheit (37.8 darjah celcius) atau lebih tinggi. Teknologi ini menjadikannya lebih mudah untuk mendapatkan bacaan visual dengan cepat, terutamanya apabila mengambil suhu kanak-kanak pada waktu malam.
6. INemo (Body-Motion Reconstruction)
STMicroelectronics adalah peneraju semikonnduktor global yang berkhidmat seluruh spektrum aplikasi elektronik dan pembekal utama. MEMS (Micro - Electro - Mechanical Systems) untuk aplikasi pengguna dan mudah alih gerakan bersama pemprosesan yang mengiktiraf pergerakan kompleks dari badan pemakai dan menterjemahkannya kepada model digital Teknologi iNEMO (Body Motion Reconstruction) boleh meningkatkan hasil dalam aplikasi klinikal dan perubatan sukan. Prototaip iNEMO nod mempunyai sensor yang dipasang di tangan, di kasut ataupun di kepala. Gerakan dan sensor magnet dengan mikro pengawal serta perisian khusus dalam satu miniatur module solderable dan menghasilkan jenis bentuk saiz yang kecil.
Pil ini mempunyai mikroprosesor (microprocessor), wireless, pam (pump) serta mempunyai tempat letak ubat. Dengan teknologi yang ada di dalamnya, pil ini boleh melakukan banyak perkara dan yang pastinya akan sangat berguna kepada pesakit dan doktor untuk menganalisa lebih dalam tentang penyakit pesakit. Pil ini dapat membaca suhu di bahagian tertentu dan boleh meletakkan ubat dengan cara yang paling tepat.
8. ASIMO - Robotic Legs
Syarikat Honda telah mencipta Robotic Legs yang telah diubahsuai untuk menampung berat badan dan membantu pengguna untuk berjalan serta memanjat dengan langkah yang mudah. Secara tidak langsung, ciptaan ini juga dapat mengurangkan tekanan di bahagian lutut dan ia berada di suatu tempat yang sama dalam jangka masa yang panjang.
9. Fisher-Cradle Swing
Produk ini sesuai bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dari umur 10 bulan ke bawah. Dengan menggunakan barang ini, ibu dapat membuat kerja dengan tenang tanpa gangguan bayi. Antara kelebihan adalah seperti berikut, tempat duduk yang selesa dengan sokongan kepala bayi supaya bayi rasa selamat. Dua usul berayun yang berbeza dan bantuan muzik yang boleh menenangkan bayi. Boleh mengubah dan mendengar pelbagai lagu dan kesan bunyi dapat meransang pendengaran bayi. Kain fabrik dan tekstur boleh meransang rasa sentuhan bayi dan keselesaan. Tambahan lagi, pilihan tiga kedudukan dalam satu swing-pelbagai untuk bayi dan kemudahan apabila anda mahu bayi menghadap anda. Ia juga boleh dilipat untuk penyimpanan dan perjalanan yang jauh.
10. EmWave2
EmWave2 adalah barang yang mudah untuk dibawa kemana sahaja dan dapat mengurangkan stress yang dihadapi, menstabilkan emosi dan meningkatkan penampilan seseorang. Hanya memerlukan beberapa minit dalam sehari untuk menggunakan teknologi yang mudah ini dalam membantu mengubah emosi yang sedang marah, risau, kecewa dan menginginkan ketenangan. Ia juga boleh digunakan di mana sahaja mahupun menggunakan komputer. Malahan ia berupaya untuk mengubah reaksi emosi, komunikasi yang sihat, hubungan dan kualiti hidup akan meningkat. Produk ini dapat meningkatkan tahap daya pemikiran untuk berfikir dengan tepat dan dapat membuat pilihan dengan betul apabila sedang berada dalam keadaan yang tertekan.