Current History

Nama : Siti Hawa Binti Mohd Noh
No. Matrik : A1389326
Fakulti : Perubatan
Jurusan : Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan Dengan Kepujian
Semester : 2
Tahun : 3
Sesi : 2013/14
Email : s.hawa49@yahoo.com
Facebook : Fashla Noh @ https://www.facebook.com/nekkiah

Friday, 23 May 2014

Bantulah Jururawat Kita




Ibarat melepaskan batuk ditangga. Sepanjang menjadi pelajar selama 3 tahun, banyak pengalaman yang diperoleh. Salah satu pengalaman dan pengajaran yang dapat adalah seorang anak yang melepaskan tanggungjawab untuk menjaga ibunya yang sakit. Adakah itu berpatutan dan layak untuk manusia yang bergelar ibu? Yang selama ini memberi segalanya kepada kita?

Niat saya di sini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Tetapi apabila dunia semakin maju, pemikiran manusia semakin cetek. Zaman sekarang ramai yang mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Sebagai contoh, dalam situasi wad di hospital. Ada segelintir saudara/anak/adik/abang/kakak tidak mahu menjaga pesakit, sedangkan jururawat sangat sibuk menguruskan pesakit yang lain. Adakah patut semasa menemani pesakit duduk sepanjang malam di dalam wad tanpa membantu jururawat? Antara contohnya, tidak mahu mencuci atau  memandikan pesakit sedangkan pesakit berada dalam keadaan yang tenat. Apa gunanya, apabila menemani pesakit siang dan malam di hospital tetapi keadaan pesakit tidak terurus? Memang ini sepatutnya tugas jururawat. Tetapi jururawat bukan hanya menjaga seorang pesakit tetapi lebih dari 4 orang pesakit. Jururawat juga memerlukan bantuan dari orang lain sebab bukan semua kerja mereka boleh buat dengan cepat


Tambahan lagi ada yang mengadu bahawa pesakit menunggu lama untuk sesuatu prosedur. Keadaan ini bukan boleh disengajakan, sebab jururawat menguruskan semua perkara dalam satu shif. Kita sepatutnya tidak boleh seratus peratus bergantung pada jururawat. Ada juga mereka yang tidak mahu membawa pulang pesakit sekiranya doktor telah memberi kebenaran pulang ke rumah. Antara alasan yang  diberikan oleh saudara pesakit tersebut adalah tidak mahir menjaga pesakit di rumah, tidak tahu bagaimana untuk menjaga pesakit, tiada masa untuk menjaga keperluan pesakit di rumah dan mereka tetap juga mahukan jururawat menjaga pesakit di dalam wad. Tambahan lagi mereka lebih rela membayar bil yang mahal berbanding menjaga pesakit sendiri.

 

Ini bukan masalah kewangan, tetapi ini masalah tanggungjawab. Jururawat juga mempunyai tanggungjawab sendiri. Pesakit yang tinggal di wad dalam masa yang lama juga mempunyai risiko tambahan lagi apabila doktor sudah memberikan kebenaran untuk pulang ke rumah. Pesakit sangat berisiko untuk mendapat jangkitan kuman apabila terdedah dengan keadaan hospital. Selain itu, isu katil tidak mencukupi juga akan melanda. Ini kerana apabila pesakit baru yang mendaftar masuk, mereka tiada tempat untuk meletakkan pesakit tersebut.

Sebagai kesimpulan, saudara adalah hubungan yang paling rapat antara dengan pesakit. Pesakit lebih selesa apabila saudara  yang menjaga mereka. Kepada keluarga yang mempunyai masalah dalam menjaga pesakit di rumah, kami juga mempunyai servis "Home Nursing" untuk merawat pesakit di rumah sendiri. Jadi bantulah jururawat dan faham tugas jururawat bukanlah sedikit dan mudah.

13 comments :

  1. Hi hawa,
    saya setuju bahawa setiap orang ada tanggungjawab mereka sendiri. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya. Saya pernah menghadapi keluarga pesakit yang menjaga pesakit dalam wad tetapi mengharapkan jururawat untuk membuat segala penjagaan terhadap pesakit. Saya berasa kecewa terhadap anak yang tidak sanggup membersihkan dan menukar pampers ayah ibu mereka. Saya pernah berbincang situasi ini dengan senior dan mereka berkata bahawa, memang kadang kala mereka boleh buat, tetapi cara yang digunakan itu salah, jadi sebagai jururawat kami bertanggungjawab untuk mengajar mereka teknik yang betul contohnya prinsip membersihkan 'genital area' dan juga teknik 'positioning'.
    Selepas itu, baru saya faham dan teringat balik dalam situasi tersebut saya tidak bertanya kepada keluarga dan tidak mengambil inisiatif untuk mengajar mereka teknik yang betul dalam penjagaan ibubapa mereka.
    Konklusinya, memang penting untuk kita sentiasa ingat tentang tanggungjawab kita sebagai seorang anak, ibubapa, pelajar jururawat mahupun jururawat selepas graduate nanti..^^

    TAN JIA YEE A138200

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan awak Tan Jia Yee.. Saya setuju dengan pendapat awak. Daripada sekarang kita perlu praktikkan supaya dimasa hadapan kita menjadi contoh pada orang lain.
      Saya pun sama seperti awak juga (^^)

      Delete
  2. Saya setuju dengan isu yang dikupas ni. Masalah ni berlaku setiap hari. Malah pesakit atau keluarga pesakit sering menyalahkan jururawat dan tak terkecuali doktor. Ada juga yang sering mencari kesalahan jururawat dan doktor 24 jam dengan tujuan hendak menyaman hospital. Terlalu banyak ragamd an kerenah yang perlu jururawat hadapi setiap hari. Mungkin sebab itu jururawat merupakan satu professional yang tinggi tahap stress nya. Namun, semoga dimasa akan datang masyarakat akan lebih terbuka dan memahami.

    a138154 hizra fazlia musa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hargai komen anda lia.. Kita perlu dedahkan kepada mereka bahawa cara kita bekerja adalah berlainan berbanding di dalam cerita di mana dilakonkan semula oleh pelakon-pelakon antarabangsa. Ini kerana sesetengah cerita menunjukkan bahawa jururawat sebagai 'pembantu rumah'. Semoga masyarakat dapat memahami dengan tugas jururawat sebenarnya, In shaa Allah

      Delete
  3. Saya setuju dengan pandangan hawa.. mungkin anak atau saudara kepada pesakit berfikir bahawa mereka membayar segala kos perubatan, jadi itu adalah tanggungjawab seorang jururawat untuk merawat dan membersihkan pesakit. alangkah bertuahnya sekiranya seorang anak itu dapat berbakti kepada ibu bapanya yang sakit, ganjaran pahala yang sangat besar untuk mereka sekiranya ikhlas untuk berbakti kepada orang tu.

    Jadi pada pandangan saya, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukakan untuk mengatasi masalah ini
    1) jururarawat mengajar anak pesakit bagaimana untuk membersihkan pesakit
    2) membekalkan risalah atau pamplet yang boleh dijadikan rujukan kepada anak atau saudara pesakit untuk membantu pesakit sepanjang di hospital terutamanya apabila pesakit ingin mendirikan solat
    3) Anak pesakit mahupun saudara terdekat tidak terlalu bergantung kepada jururawat
    4) Jururawat dan anak pesakit mestilah sentiasa bekerjasama sepanjang pesakit mendapatkan rawatan di hospital.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sara diatas pencerahan komen anda.. Tidak terfikir juga mengenai pesakit ingin mendirikan solat. Kadang-kadang apabila pesakit mendapatkan rawatan agak sukar untuk kita bekerjasama dengan anak mereka. Ini kerana mereka leka dengan urusan dunia. Bagi ibu bapa mereka yang sudah berumur, adalah agak sukar untuk kita menerangkan prosedur rawatan yang akan dijalankan sekiranya tanpa bantuan anak mereka.. Terima kasih sekali lagi diatas cadangan sara.

      Delete
    2. sory lupa no nama n no matrik..

      Saya Siti Sara binti Kuseri (A138060)

      Delete
  4. Assalamualaikum hawa.

    Best best tajuk ini. Sebenarnya Aten perasan benda yang sama, ada segelintir anak-anak yang kurang prihatin atau tak rela untuk menjaga ibu bapa mereka sendiri. Sebenarnya, Aten syukur sangat Aten masuk bidang ni, sebab kalau tidak, Aten rasa Aten akan jadi seperti mereka diluar sana yang kurang perasaan ambi berat dan sebagainya. Aten banyak belajar untuk bersabar menjaga orang yang sakit dan benda itu sangat berguna untuk masa hadapan walaupun kalau Aten tak bekerja sebagai jururawat.

    Being Nursing student brings out my humanity.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nur Fatin Binti Ramli A138012

      Delete
    2. Terima kasih saudari di atas pandangan anda. Jika kita hanya pandang dan berkata sahaja tidak sama dengan apa yang kita lakukan.. Dari itu, adalah lebih baik kita lakukan daripada hanya memandang dan berkata..

      Sama-sama..

      Delete
  5. Saya sangat setuju dengan pendapat saudari hawa. Apa yang menyedihkan keluarga yang meneman pesakit kebanyakannya bagaikan endah dan tidak endah je terhadap keluarganya yang sakit. Apa yang saya perasan, mereka hanya suka duduk di tepi pesakit dan bermain 'game' di handphone mahupun tablet ataupun on9 menegok cerita. Kalaulah inilah perangainya apa gunanya anda berada di sana pun. Ibarat anda seperti angin sahaja, ada ke xde ke sama sahaja. Kepada yang pesakit tenat apakah salahnya anda bercakap dengan pesakit dari anda melakukan perkara-perkara yang di mana-manapun anda boleh lakukan. Sedih sebab yang menjaga pesakit kebanyakannya adalah saudara terdekat seperti anak mahupun adik beradik.

    Apa yang mengejutkan apabila keluarga yang membayar pembantu untuk menjaga pesakit di hospital. Amboi, kalau tuannya tiada bukan main melepak lagi! tTiada langsung melakukan jagarawatan yang mudah kepada pesakit seperti melakukan penjagaan 'oral care', 'sponging', menukar pampers dan pelbagai lagi. Semuanya mengharapkan jururawat walhal jururawat dan mengajar perkara ini. Habis apa gunanya tuan anda membayar gaji anda! Bukannya jururawat tidak mahu melakukan perkara ini cuma prinsip kita kalau boleh perkara asas biarlah saudara atau penjaga yang melakukan. Ini boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan malahan memberikan masa yang lebih kepada penjaga dan pesakit tambahan kalau pesakit yang tenat. Kita tahu masanya untuk hidup tidak lama.

    Care for others and sympathy and try to put our self in their shoe.

    Nor Hazwani binti Mohd Marzuki A138650

    ReplyDelete
  6. Bagus hawa. Isu ni memang sering kita nampak dalam suasana wad. Saya sendiri berasa sedih dan kasihan apabila ada ibu bapa yg meluahkan rasa kecewa mereka terhadap anak2 yang tidak mahu melawat atau menjaga mereka. Pada pandangan saya, ibu bapa memang memerlukan perhatian yang lebih daripada anak2 ketika mereka berada di wad. Di sinilah kita boleh melihat betapa seorang anak itu benar2 sayang dan prihatin akan orang tua mereka. Cuba letakkkan nasib yg sama pada diri mereka. Sudah tentu mereka juga inginkan perhatian dari ahli keluarga mereka sendri. Apa2 pun, berbaktilah pada orang tua selagi hayat mereka masih ada.

    NURUL AIN AHMAD A138927

    ReplyDelete
  7. Kalau di hospital swasta, pesakit lagi 'demand'. Mereka merasakan mereka perlu dilayan 'high class' dek bayaran rawatan serta perkhidmatan yang mahal. Pelbagai ragam dan karenah pesakit serta keluarga pesakit perlu ditelan walaupun penat kerana gelaran yang dipakai iaitu JURURAWAT

    Norfa Fatihah Binti Mohd Fauzi A138334

    ReplyDelete